Apakah itu Badal Haji?



Badal ertinya “ganti”, “pengganti”, atau “digantikan”. Oleh itu Badal Haji adalah “menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah Haji kerana adanya halangan tertentu” seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam. Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Ali-Imran , Ayat 97:




Di sana terdapat tanda- tanda yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang memasukinya amanlah dia. Hanya untuk Allahlah kewajipan Haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan; dan sesiapa yang kafir (engkar), sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam.”



Kata-kata Aluan CEO



Alhamdulillah , dengan izin Allah s.w.t, HLTM Takaful dan TH Travel & Services Sdn Bhd dapat berganding bahu dan bekerjasama dalam menawarkan perkhidmatan Badal Haji dimana ia telah menambah satu lagi inisiatif dalam rekod kami dalam menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pelanggan-pelanggan kami dalam mengembangkan keperluan muamalat masyarakat Islam.

Kami berharap dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang berinovatif seperti ini,

kami dapat menyumbang dalam mengembangkan industri Takaful untuk mendapat sambutan dan penerimaan dengan meluas serta menjadi salah sebuah pengendali Takaful dan pengusaha pelancongan Islam yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kepada semua pelanggan-pelanggan kami secara professional.




Abdul Latiff Hj. Abu Bakar Mejar (B) Mohd Ramli B Othman

CEO CEO

Hong Leong Tokio Marine TH Travel & Services Sdn Bhd




HAJI




Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang diwajibkan ke atas umat Islam. “Haji” bermaksud mengunjungi Baitul Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu. Disebut dalam Surah Ali-Imran Ayat 96, Allah s.w.t berfirman :









“Sesungguhnya rumah pertama yang dibangun untuk peribadatan manusia adalah yang ada di Mekah, yang penuh berkat dan menjadi petunjuk bagi semesta alam.”

Jika seseorang individu meninggal dunia sebelum menunaikan Haji adalah menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk mengupah seseorang untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak si mati dan membiayai urusan tersebut menggunakan harta si mati.

TENTANG KAMI




Perkhidmatan Badal Haji HLTM Takaful menawarkan perkhidmatan Badal Haji dengan melantik wakil rasmi bagi menguruskan urusan Haji iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd. Hanya individu yang layak dibenarkan menunaikan Badal Haji dan individu ini akan dipilih oleh TH Travel & Services Sdn Bhd. Perkhidmatan Badal Haji ini diiktiraf dan diakui oleh kerajaan Malaysia.


Mengenai HLTM Takaful

HLTM Takaful menawarkan produk Takaful Keluarga dan Am yang melambangkan “Takaful Untuk Semua”. Dengan pematuhan syariah yang kukuh dan proses operasi yang efisien sebagai salah satu rukun yang teras, HLTM Takaful sentiasa berusaha untuk menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan yang bukan hanya untuk memenuhi keperluan muamalat masyarakat Islam tetapi juga menyumbang secara positif dalam kemajuan Malaysia sebagai sebuah pusat Takaful sejagat. HLTM Takaful adalah syarikat HLA Holdings Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Hong Leong Financial Group, perbankan dan cabang perkhidmatan kewangan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.hltmt.com.my.


Mengenai TH Travel.

TH (Tabung Haji) Travel, sebuah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji, telah ditubuhkan pada 1972 bagi mentadbir dan mengelolakan perkhidmatan Haji dan Umrah. Semenjak itu, perniagaan kami telah berkembang bagi menjadikan kami sebuah pengusaha pelancongan Islam yang utama. Sebagai sebuah pengusaha pelancongan Islam yang dipercayai, perniagaan utama kami adalah menyediakan pelanggan individu dan korporat, kemudahan dan ketenangan fikiran dalam satu jarak yang meluas keagamaan, rekreasi dan perniagaan mengembara.

SERVIS


Persoalan 1


Bagaimanakah Anda Sekeluarga Boleh Mendapat Manfaat Daripada Perkhidmatan Badal Haji?

Perkhidmatan ini ditawarkan untuk semua para peserta Islam yang menyertai rangkaian produk HLTM Takaful.

Dengan Badal Haji, peserta Islam HLTM Takaful dapat memenuhi sebahagian daripada tugas-tugas Rukun Islam walaupun dalam keadaan Kematian atau Keilatan Kekal.

No posts.
No posts.